30 January 2013

Atherosclerosis (Penyempitan Saluran Darah)

Penyempitan berlaku di saluran darah akibat pengumpulan lemak. Jantung merupakan organ yang mengepam darah mengandungi oksigen dan nutrien seraya disebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel dalam badan berfungsi dengan sempurna. Jika otot jantung tidak dapat menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, radangan akan berlaku dan memberi kesan kepada penyakit jantung.

28 January 2013

Cikgu

Oh Cikgu,
Tunjuklah anak muridmu dunia sebenar,
Jangan memaksa janganlah melonggar,

Biarlah mereka merasa bukannya melanggar,
Masuknya bahan makanan itu keluar,
Bertindaklah jangan perkataan sahaja diuar,
Kerana kamulah hati mereka dalam dan luar.

Ingatlah kanak-kanak ibarat berlian,
Dibentuknya cincin untuk kalian,
Bukannya sebagai perhiasan,
Pemakai itu bergelar seorang insan,
Merata-rata membawa kilauan,
Genggamlah harapan luahkanlah pengalaman.

Jadilah Diri Sendiri

Manusia,
Kusangka ada peringkatnya,
Pembawa aku meniru mereka.

Kenapa?
Apakah sempurna hanyalah di mata kita,
Hingga tidak mengawal badan dan minda,
Ternyata aku bukan diri sebenar,
Hidup ini tidak gembira sepenuhnya,
Lantas jiwa dan raga sangat sengsara.

Celiknya mata hanyalah sementara,
Menyesallah kamu hala tuju tidak berjaya,
Kecilan yang gagal dalam ciptaan dunia,
Masih riang gembira ketawa bersama,
Di samping cabang-cabang berharga,
Kerana makna itu jauh lebih berjasa.

Anemia

Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan di mana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

19 January 2013

Kenderaan Diesel Generasi Baru Alternatif Kepada Masyarakat

Enjin diesel beroperasi menggunakan sumber pembakaran daripada bahan berasaskan tumbuhan dan sayuran. Perkataan 'diesel' diambil sempena nama penciptanya Dr. Rudolf Diesel. Ia menggunakan udara termampat bertekanan tinggi untuk membakar bahan api. Campuran udara termampat dan bahan api disuntik ke dalam kebuk kebakaran semasa penghujung lejang mampatan(compression stroke). Ia berbeza dengan enjin pembakaran petrol, yang dinyalakan oleh palam pencucuh.

17 January 2013

Kaca Willow Nipis dan Mudah Dilengkung

Kaca Nipis berprestasi tinggi yang diancarkan oleh Corning Inc pada Pameran Perdagangan di Boston mendapat perhatian ramai pengunjung pameran. Kaca Willow lebih nipis, mudah dibentuk dan kos yang efektif.

Ia dihasilkan dalam satu pemerosesan yang agak rumit tetapi cekap seperti yang digunakan untuk kertas cetak, dan diproses sehingga 500 'C, kaca Willow pasti membawa gelombang baru pembangunan dalam bidang paparan, pencahayaan dan sel solar. Proses membuat kaca Willow hanya 100 mikron tebal, kira-kira sama seperti sehelai kertas A4 yang standard. Ia nipis dan fleksibel, mengekalkan rupa, dan kualiti yang tahan udara sebagaimana kaca standard. Kaca itu boleh "dibaluti" di sekitar peranti dan struktur. Ciri-ciri ini menyediakan aplikasi untuk skrin sentuhan nipis dan inovasi masa depan dalam bentuk tenologi dengan paparan yang jelas, bagi Kaca Willow.

16 January 2013

Sunnah Rasulullah Ketika Memakai Kasut

Rasulullah S.A.W. berkata :
"Apabila kamu memakai sepatu, mulakan dengan kaki kanan dan apabila kamu menanggalkannya hendaklah memulakan dengan kaki kiri dan hendaklah kamu memakai semuanya(kedua-dua belah) atau menanggalkan semuanya"

Sunnah ini sentiasa berulang dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Setiap kali ingin keluar kita akan memakai dan menanggalkan kasut.

Alangkah baiknya jika kita mengamalkan sunnah ini yang sentiasa berulang dalam kehidupan kita yang sudah tentu dapat menambahkan ganjaran pahala, dan segala gerak geri serta tingkah laku kita berada dalam keadaan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.. Oleh itu cara untuk memperoleh pahala dalam amalan-amalan itu kita hendaklah niatkannya kerana ingin mengikuti Rasulullah S.A.W..

Sunnah Rasulullah S.A.W Ketika Bersugi

Kata Rasulullah S.A.W. :
"Sekiranya tidak membebankan umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi setiap kali ingin solat"
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)


Seorang Muslim sekurang-kurangnya bersugi sebanyak 20 kali sehari iaitu ketika solat lima waktu, sola-solat sunat rawatib, solat dhuha, witir dan ketika masuk ke rumah kerana Rasulullah S.A.W memulakan memasuki rumah dengan bersugi sebagaimana hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim dari Aishah RA, begitu juga ketika membaca al-Quran, ketika mulut berbau, ketika bangkit tidur dan ketika berwuduk.

12 January 2013

Racun Halimunan di Pejabat

Oleh : Dr Mohd Hasni Jaafar

Ramai menyangka pejabat dan tempat kerja terlepas daripada unsur-unsur kimia beracun. Pasti ada kalangan pembaca pernah mendengar isu ini, tetapi kesibukan harian membataskan usaha mendapatkan maklumat lebih lanjut. Ada beranggapan isu kesihatan di pejabat menjadi tanggungjawab pihak majikan. Namun bagaimana jika majikan juga tidak tahu mengenainya?

10 January 2013

Sunnah Rasulullah Ketika Berwuduk 3

Menggosok anggota wuduk dengan tangan.

Berjimat dalam penggunaan air
"Rasulullah S.A.W. berwuduk dengan menggunakan air secupak"
(Muttafaqun Alaih)

Melampaui membasuh anggota tangan dan kaki dari kawasan yang wajib dibasuh. Abu Hurairah melakonkan semula cara bagaimana Rasulullah berwuduk dengan menunjuk cara berikut:
"Abu Hurairah berwuduk dengan membasuh seluruh tangannya hingga ke kawasan lengan(melampaui siku), dan membasuh kakinya hingga melebihi betis, kemudian berkata, 'Beginilah saya melihat cara Rasulullah berwuduk.'"

(Petikan dan sebahagian dari hadis direkodkan oleh Muslim)

09 January 2013

Kembara Kemboja - "Makna Kehidupan"

Oleh : Muhammad Fadhil

Hidup hanyalah menambah usia. Usia yang semakin meningkat memanglah mematangkan kita. Walau bagaimanapun, setinggi manakah tahap kematangan itu dapat dicapai jika pengalaman hidup kita cumalah ciptaan dunia. Dari sekolah rendah hinggalah peringkat universiti, kita cuma mengejar markah peperiksaan tanpa mempedulikan impian sebenar. Ibarat sebuah robot yang mengikut arahan tuannya tanpa kenal erti lelah. Hidup akan lebih bermakna jika kita mengikut haluan sendiri selagi tidak salah dalam Islam. Sebenarnya, aku juga seorang mangsa dunia. Banyak impian yang tidak terlaksana semasa zaman persekolahan dahulu. Namun, masa masih belum terlambat. Syukur aku tersedar lalu aku akan cuba mencipta pengalaman sendiri, bukannya ciptaan dunia.

Sunnah Rasulullah Ketika Berwuduk 2

Rasulullah S.A.W menyapu kepala dengan memulakan menyapu di bahagian depan kepala dengan hujung tapak tangan beliau kemudian diseretkan dengan menyapu hingga ke tengkuk kemudian berpatah balik menyapu hingga ke bahagian depan kepala.
"Rasulullah S.A.W menyapu kepalanya, kemudian menyapu dari hadapan ke belakang kemudian kembali dari belakang ke hadapan."
(Muttafaqun "Alaih)

Menyelati jari-jemari tangan dan kaki.
"Sempurnakan wuduk dan memasukkan jari-jemari tangan antara satu sama lain"
(Direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)

06 January 2013

Uruslah Pekerja dengan Cekap dan Adil

Oleh: Zainora Zakarya

Sistem pengurusan di alaf baru mementingkan kecekapan penggunaan sumber. Kecekapan teknologi, modal dan sumber alam perlu digabung oleh majikan untuk menghasilkan produk pada harga yang kompetitif tanpa berkompromi dengan kualiti. Majikan adalah ketua tetapi pekerja adalah orang yang mengeluarkan produk. Tidak kira bentuk teknologi digunapakai, tenaga manusia tetap diperlukan setidak-tidaknya sebagai pengendali mesin.

Alzheimer (Pelupa/Nyanyuk)

Sejenis penyakit mental tanpa penyebab yang jelas dan tiada penyembuhan yang khusus. Berlakunya kemerosotan oleh neuron di dalam otak, terutamanya pada hipotalamus serta frontal dan temporal lobes di cerebal kortek. Bahagian otak ini terlibat dalam kegiatan ingatan, bahasa dan kognitif. Biasanya berlaku kepada orang berusia. Penyakit ini menyebabkan penurunan saraf otak yang kompleks dan progresif. Seseorang itu akan gagal menguruskan diri sendiri dan memerlukan orang sekeliling membantunya. 

Sunnah Rasulullah Ketika Berwuduk 1

Membaca Bismillahirrahmanirrahim.

Membasuh tangan hingga pergelangan sebanyak 3 kali pada permulaan wuduk.

Memulakan wuduk dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebelum membasuh muka.

05 January 2013

Sunnah Rasulullah Ketika Memasuki dan Keluar Bilik Mandi

Masuk ke bilik mandi dengan melangkah kaki kiri

Keluar darinya dengan melangkah kaki kanan

Membaca doa ketika memasuki bilik mandi:
"Ya Allah aku berlindung denganmu dari syaitan betina dan syaitan jantan."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Membaca doa ketika keluar dari bilik mandi:
"Aku mengharapkan keampunanmu"
(Direkodkan oleh Ashabus Sunan)

04 January 2013

Sunnah-Sunnah Rasulullah Ketika Bangun Tidur

Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan
"Rasulullah S.A.W bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya."
(Direkodkan oleh Muslim)

Membaca doa bangun daripada tidur iaitu:
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami(tidur) dan kepadaNya kami akan dibangkitkan."
(Direkodkan oleh Bukhari)

Bersugi
"Rasulullah S.A.W apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak(kayu sugi)."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim
"Guru perlu sentiasa menambah ilmu dan bersedia dengan gaya penyampaian kreatif supaya mampu menarik perhatian pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan."


Datuk Hajah Noor Rezan Bapoo,
Penasihat Pendidikan Khazanah Nasional