31 July 2012

Doa Keampunan Hadiah Terbaik Hari Bapa

Oleh: Ramli Abdul Halim

Pada 13 Mei rakyat negara ini menyambut Hari Ibu serentak dengan kebanyakan negara di dunia. Ada beberapa negara menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa yang berbeza tarikhnya. Misalnya, Nicaragua, Poland dan Uganda menyambutnya Hari Bapa pada 23 Jun, Vietnam (30 Julai), Uruguay (Ahad ketiabulan Julai), Republik Dominican (Ahad terakhir bulan Julai), Iran (23 Mordad yakni bulan kelima kalendar Iran), Brazil (Ahad kedua Ogos), Taiwan (8 Ogos), Australia dan New Zealand (Ahad pertama bulan September), Estonia, Finland, Norway, Sweden (Ahad kedua bulan November) dan Thai (5 Disember).

29 July 2012

Pemakanan Seimbang

Pelbagai jenis masakan dan juadah dihidangkan dalam kehidupan seharian bagi memenuhi keperluan jasmani dan membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti seharian.

Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quranul Karim:

"Wahai manusia, makanlan apa-apa di atas dunia ini dari makanan yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuhmu yang nyata."

Makanan yang kita makan sehari-hari adalah merupakan salah satu ibadat terhadap Allah apabila kita meniatkannya untuk membolehkan kita melakukan ibadat kepadaNya. Oleh itu, kita mestilah memilih makanan yang kita makan dari jenis makanan yang berkhasiat dan baik bagi membolehkan kita mendapat manfaat yang optimum daripada apa yang dimakan.

Kebersihan

Kebersihan amat dititikberatkan dalam Islam. Sebagaimana yang disebutkan dalam Hadis, "Kebersihan itu sebahagian dari Iman." Wajib untuk kita menjaga kebersihan yang seterusnya akan mengelakkan seseorang itu daripada pelbagai jenis penyakit sama ada penyakit berjangkit (transmitted diseases) ataupun tidak (non transmitted diseases). Firman Allah SWT:


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri."

Berdasarkan aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan penting dalam mengelakkan manusia ditimpa penyakit. Kebersihan yang dimaksudkan ialah kebersihan diri dan kawasan persekitaran. Diri dan persekitaran kotor akan mengundang pelbagai jenis vektor pembawa penyakit ke kawasan tersebut.

Makanan yang disediakan juga hendaklah bersih serta dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan sambil lewa dalam menyediakan juadah dan hidangan untuk keluarga.


Rujukan:
57 Penyakit Berbahaya & Rawatannya
Dr. Muhammad Dhani
Al-Hidayah Publications