04 January 2013

Sunnah-Sunnah Rasulullah Ketika Bangun Tidur

Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan
"Rasulullah S.A.W bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya."
(Direkodkan oleh Muslim)

Membaca doa bangun daripada tidur iaitu:
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami(tidur) dan kepadaNya kami akan dibangkitkan."
(Direkodkan oleh Bukhari)

Bersugi
"Rasulullah S.A.W apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak(kayu sugi)."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim

No comments:

Post a Comment