06 January 2013

Alzheimer (Pelupa/Nyanyuk)

Sejenis penyakit mental tanpa penyebab yang jelas dan tiada penyembuhan yang khusus. Berlakunya kemerosotan oleh neuron di dalam otak, terutamanya pada hipotalamus serta frontal dan temporal lobes di cerebal kortek. Bahagian otak ini terlibat dalam kegiatan ingatan, bahasa dan kognitif. Biasanya berlaku kepada orang berusia. Penyakit ini menyebabkan penurunan saraf otak yang kompleks dan progresif. Seseorang itu akan gagal menguruskan diri sendiri dan memerlukan orang sekeliling membantunya. 

Antara Tanda-Tanda:
  1. Apabila pesakit lupa mengunci rumah ketika mahu meninggalkan rumah, lalu tidak mengingati perkara, tidak mengingati perkara yang baru sahaja dilakukan itu.
  2. Tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali ahli keluarga atau rakan-rakan.
  3. Agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya.
  4. Menunjukkan tingkah laku pelik seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana sahaja walaupun ke tandas sekalipun.
Kemungkinan Mendapat Alzheimer:
  1. Pesakit hipertensi (darah tinggi) apabila mencecah usia 40 tahun ke atas.
  2. Pesakit kencing manis.
  3. Individu kurang bersenam.
  4. Kolesterol tinggi.
  5. Faktor penurunan.
Kaedah Rawatan:
Antara ubat yang dibekalkan ialah penawar memperbaiki sistem: 
  1. Psikologi, 
  2. Saraf,
  3. Tulang, 
  4. Otot, 
  5. Limpatik,
  6. Pernafasan,
  7. Penghadaman,
  8. Peredaran Darah,
  9. Perkumuhan,
  10. Endokrin,
  11. Pembiakan dan
  12. Otak.
Komunikasi dengan pesakit:
  1. Jangan menjerit.
  2. Jangan memberikan pesakit terlalu banyak pilihan.
  3. Tanya soalan secara berhati-hati.
  4. Jika ingin mengulangi sesuatu, gunakan perkataan atau ayat yang sama.
  5. Tunggu pesakit memberikan jawapan secara sabar, jangan tergesa-gesa untuk mendapat jawapan.
  6. Bertutur perlahan.
  7. Jangan gunakan bahasa bayi atau kanak-kanak.
  8. Sebutkan nama pesakit dengan kerap.
  9. Sentuhan lembut pada tangan atau lengan boleh menenangkan emosi pesakit.
Oleh kerana penyakit Alzheimer lebih kepada saraf, pesakit digalakkan mengamalkan Perubatan Elektronik selama 6 bulan hingga setahun sehingga sistem saraf pulih secara semulajadi atau penyakit yang dihidapi benar-benar sembuh.

No comments:

Post a Comment