30 January 2013

Atherosclerosis (Penyempitan Saluran Darah)

Penyempitan berlaku di saluran darah akibat pengumpulan lemak. Jantung merupakan organ yang mengepam darah mengandungi oksigen dan nutrien seraya disebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel dalam badan berfungsi dengan sempurna. Jika otot jantung tidak dapat menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, radangan akan berlaku dan memberi kesan kepada penyakit jantung.

Denyutan jantung normal 80 - 90 denyutan seminit. Namun, denyutan sangat cepat berbanding orang lain sekiranya pesakit Atherosclerosis melakukan aktiviti lasak, senaman atau keadaan tertekan.

Penyakit Atherosclerosis dikaitkan dengan masalah pemakanan tidak seimbang. Oleh itu, kita digalakkan mengamalkan pemakanan seimbang sepanjang masa.

Faktor
  1. Keturunan
  2. Penghisap rokok
  3. Tekanan darah
  4. Kolesterol tinggi
Tanda
  1. Nafas atau dada sesak
  2. Masalah penghadaman, sering sakit perut
  3. Tidak selesa pada badan dan kerap berpeluh
  4. Pening kepala, kadangkala pitam
  5. Degupan jantung sangat cepat
  6. Muka kelihatan pucat dan badan lemah
Kaedah rawatan
  1. Berhenti atau menghindarkan diri dari menghisap rokok
  2. Jauhkan diri dari asap rokok
  3. Amalkan diet pemakanan seimbang
Jika anda disahkan menghidap penyakit Atherosclerosis, segeralah menghubungi doktor untuk mencari rawatan yang mampu membersihkan saluran darah dan menyingkirkan lemak terkumpul sehingga saluran darah kembali normal dan lancar. Biasanya doktor akan membekalkan ubat yang mampu memperbaiki fungsi jantung dan fungsi organ dalaman seperti hati, buah pinggang, paru-paru, pangkreas dan usus.

Anda dikehendaki memberikan DNA anda seperti rambut, air liur dan urin supaya pihak hospital atau klinik dapat mengkodkan DNA. Penyakit yang ada di DNA dapat dimusnahkan serta kerosakan DNA diperbaiki secara semulajadi.

No comments:

Post a Comment