16 January 2013

Sunnah Rasulullah Ketika Memakai Kasut

Rasulullah S.A.W. berkata :
"Apabila kamu memakai sepatu, mulakan dengan kaki kanan dan apabila kamu menanggalkannya hendaklah memulakan dengan kaki kiri dan hendaklah kamu memakai semuanya(kedua-dua belah) atau menanggalkan semuanya"

Sunnah ini sentiasa berulang dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Setiap kali ingin keluar kita akan memakai dan menanggalkan kasut.

Alangkah baiknya jika kita mengamalkan sunnah ini yang sentiasa berulang dalam kehidupan kita yang sudah tentu dapat menambahkan ganjaran pahala, dan segala gerak geri serta tingkah laku kita berada dalam keadaan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.. Oleh itu cara untuk memperoleh pahala dalam amalan-amalan itu kita hendaklah niatkannya kerana ingin mengikuti Rasulullah S.A.W..

No comments:

Post a Comment