09 January 2013

Sunnah Rasulullah Ketika Berwuduk 2

Rasulullah S.A.W menyapu kepala dengan memulakan menyapu di bahagian depan kepala dengan hujung tapak tangan beliau kemudian diseretkan dengan menyapu hingga ke tengkuk kemudian berpatah balik menyapu hingga ke bahagian depan kepala.
"Rasulullah S.A.W menyapu kepalanya, kemudian menyapu dari hadapan ke belakang kemudian kembali dari belakang ke hadapan."
(Muttafaqun "Alaih)

Menyelati jari-jemari tangan dan kaki.
"Sempurnakan wuduk dan memasukkan jari-jemari tangan antara satu sama lain"
(Direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)

Membasuh anggota kanan terlebih dahulu pada anggota tangan dan kaki
"Rasulullah S.A.W sungguh indah dalam memulakan anggota kanan ketika memakai kasut dan bersuci."
(Muttafaqun 'Alaih)

Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali ketika membasuh muka, tangan dan kaki.

Mengucapkan dua kalimah syahadah selepas selesai berwuduk.
"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruhNya"

Mengambil wuduk di rumah. Kata Rasulullah S.A.W;
"Sesiapa yang bersuci(mengambil wuduk) di rumahnya kemudian ia menuju ke salah satu rumah dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan solat fardu, setiap langkah kakinya akan dihapuskan satu dosanya dan langkah yang satu lagi akan diangkat baginya satu darjat."
(Direkodkan oleh Muslim)

2 comments:

  1. ya RASULULLAH..Allahummasolliala muhammad
    terima ksih di atas perkongsian ini..mohon kebenaran untuk copy,paste ...

    ReplyDelete
  2. silakan...saya pun menulis sambil belajar

    ReplyDelete