28 January 2013

Anemia

Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan di mana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Punca
  1. Kehilangan darah samada akut atau kronik. Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah. Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
  2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang-tulang sum-sum.
  3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Mungkin berlaku di dalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat

Tanda/gejala
  1. Keletihan setiap masa
  2. Pening
  3. Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
  4. Kulit pucat
  5. Kadar denyutan jantung cepat
  6. Kurang berat badan

Komplikasi
  1. Fungsi jantung lemah
  2. Masalah semasa mengandung - melahir anak pramatang/pertumbuhan janin terencat semasa dalam kandungan.

Kaedah rawatan
  1. Minum air 8 hingga 10 gelas sehari - melancarkan peredaran darah/imbangi kadar asid dalam badan
  2. Pemeriksaan tekanan darah
  3. Perbanyakkan makanan mengandungi zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin

No comments:

Post a Comment