06 January 2013

Sunnah Rasulullah Ketika Berwuduk 1

Membaca Bismillahirrahmanirrahim.

Membasuh tangan hingga pergelangan sebanyak 3 kali pada permulaan wuduk.

Memulakan wuduk dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebelum membasuh muka.

Menghembuskan air yang dimasukkan ke hidung dengan tangan kiri (memegang hidung dengan tangan kiri). Ini adalah berdasarkan kepada Rasulullah S.A.W.)
"Ketika ingin mengambil wuduk Rasulullah membasuh kedua-dua tapak tangannya kemudian beliau berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung lalu menghembuskannya kemudian beliau membasuh mukanya sebanyak tiga kali"
(Muttafaqun 'Alaih)

Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan kecuali bagi orang yang berpuasa.
"Lebihkan semasa menyedut air ke dalam hidung kecuali ketika anda berpuasa"
(Direkodkan oleh Bukhari, Muslim, An-Nasaie dan Ibn Majah)

Maksudnya memasukkan air sedalam-dalamnya ke dalam hidung hingga ke pangkal, kemudian menghembuskannya semula.

Berkumur-kumur menggunakan satu telapak tangan sahaja.

Bersugi ketika berkumur-kumur.
"Jika tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak(bersugi) setiap kali ingin mengambil wuduk"
(Hadis Rasulullah)

Menyelati janggut yang tebal dengan memasukkan jari-jari tangan ke dalam janggut ketika membasuh muka.
"Rasulullah S.A.W. memasukkan jari-jemari tangannya ke dalam janggutnya ketika berwuduk"
(Direkodkan oleh Tirmizi)

No comments:

Post a Comment