10 January 2013

Sunnah Rasulullah Ketika Berwuduk 3

Menggosok anggota wuduk dengan tangan.

Berjimat dalam penggunaan air
"Rasulullah S.A.W. berwuduk dengan menggunakan air secupak"
(Muttafaqun Alaih)

Melampaui membasuh anggota tangan dan kaki dari kawasan yang wajib dibasuh. Abu Hurairah melakonkan semula cara bagaimana Rasulullah berwuduk dengan menunjuk cara berikut:
"Abu Hurairah berwuduk dengan membasuh seluruh tangannya hingga ke kawasan lengan(melampaui siku), dan membasuh kakinya hingga melebihi betis, kemudian berkata, 'Beginilah saya melihat cara Rasulullah berwuduk.'"

(Petikan dan sebahagian dari hadis direkodkan oleh Muslim)


Solat 2 rakaat selepas wuduk
"Sesiapa yang sepertimana wudukku ini kemudian dia solat 2 rakaat tanpa terlintas urusan dunia ketika solat, akan diampunkan dosanya yang telah lalu"
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Tambahan Imam Muslim melalui sanad 'Uqbah bin Umair, terdapat tambahan lafaz pada akhir hadis;
"Maka wajiblah ke atasnya syurga"

Orang yang sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah ketika berwuduk akan termasuk dalam golongan yang dinyatakan dalam hadis baginda;
"Sesiapa yang berwuduk dan memperelokkan wuduknya nescaya akan gugur dosa-dosanya dari jasadnya sehingga gugur juga dosa-dosa dari celah kukunya."
(Direkodkan oleh Muslim)

No comments:

Post a Comment