05 February 2013

Kawan Adalah Keluarga

Kita adalah keluarga,
Darah mungkin tidak sama,
Namun tetap sama jiwa.

Semua ada keinginan,
Isinya sama juga berlainan,
Jalannya berbeza tetapi satu haluan.

Martabat mestilah diangkat,
Walaupun kita ada peringkat,
Silaturahim erat wajib ditingkat.

Tua itu asam garam,
Muda ini mestilah genggam,
Layari kapal janganlah karam.

Bebanan itu sering diberi,
Tegaslah kita sebagai ahli,
Ringankan beban jangan lari.

Elakkan dosa tambahlah amal,
Jangan mengata pastikan mengenal,
Kerana mereka ada akal.

Peluang ada selagi hidup,
Pintu kita jangan ditutup,
Selagi impian belum ditiup.

No comments:

Post a Comment