02 August 2012

Protein

Protein adalah suatu komponen yang penting bagi badan kita. Protein merupakan benda asas dalam membina sel-sel dalam badan kita dan diperlukan oleh badan secukupnya. Tanpa protein perkembangan dan tumbesaran seseorang itu boleh terbantut selain akan menghidapi pelbagai penyakit seperti kwashiorkir dan marasmus.

Selain itu protein juga merupakan sumber tenaga yang penting apabila kandungan glukosa dan glikogen sudah habis digunakan bagi membolehkan tenaga dibekalkan dengan secukupnya kepada badan terutamanya otak dan bahagian yang tidak boleh menjana tenaga sendiri seperti sel-sel darah dan retina.



Rujukan:
57 Penyakit Berbahaya & Rawatannya
Dr. Muhammad Dhani
Al-Hidayah Publications

No comments:

Post a Comment