02 August 2012

Lemak

Lemak merupakan komponen makanan yang penting untuk badan, namun pengambilannya bukanlah dalam kuantiti yang banyak. Lemak membekalkan tenaga kepada badan ketika senaman dalam melakukan kerja berat, sebagai lapisan membran bagi sel-sel badan, pengangkut nutrisi di dalam darah, sulfactant pada peparu dan lain-lain.

Kita memerlukan lemak yang banyak kerana lebihan lemak yang banyak dalam badan akan ditukar dan disimpan di bawah lapisan kulit sebagai adipos dan boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti kepada sesorang dan seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit kepadanya seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Lemak-lemak yang berlebihan akan terkumpul dan melekat pada saluran darah dan menebalkan saluran darah tersebut sehingga menyempitkan laluan atau lumen saluran darah tersebut. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalamai atherosclerosis dan tekanan darah tinggi. Keadaan ini amat berbahaya dan boleh membawa kepada maut.

Selain itu hasil daripada pelekatan asid-asid lemak kepada lapisan salur darah ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalamai aneurisme dan boleh menyebabkan pecah dan mengalami pendarahan dalam badan. Oleh itu, langkah terbaik adalah mengurangkan pengambilan lemak di dalam makanan kita lemak tepu. Sebaliknya banyakkanlag penggunaan lemak tidak tepu dalam menu harian kerana dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam saluran darah dan organ-organ lain dalam badan.


Rujukan:
57 Penyakit Berbahaya & Rawatannya
Dr. Muhammad Dhani
Al-Hidayah Publications

No comments:

Post a Comment