22 August 2011

Puasa

Definisi Puasa
Bahasa
Menahan diri.
Syarak
Menahan diri daripada makan dan minum untuk suatu jangka masa tertentu.

Dalil
Al-Quran
"Pada bulan Ramadan, diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara hak dan batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa." (Surah al-Baqarah 2:185)
Hadis
"Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, haji dan berpuasa pada bulan Ramadan." (Riwayat al Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan lain-lain)


Jenis Puasa
Puasa Wajib
  • Ramadan.
  • Kafarah.
  • Nazar.
  • Ganti/qada.
Puasa Sunat
  • Enam hari bulan Syawal.
  • Hari Arafah (9 Zulhijah-yg tidak melakukan haji).
  • Hari Asyura (10 Muharam).
  • Isnin dan Khamis.
  • 13, 14, 15 pada setiap bulan Islam Hijrah.
Puasa Haram
  • Hari Syak (30 Syaaban).
  • Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal).
  • Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijah).
  • Hari Tasyrik (11, 12, 13 Zulhijah).
  • Perempuan haid dan nifas.
  • Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah, namun haram puasa bagi orang yang menunaikan haji.
  • Puasa sunat tanpa izin suami.
  • Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya.
  • Puasa untuk orang lain dan ghaib serta tidak diniatkan keran Allah s.w.t.
Puasa Makruh
  • Puasa pada hari Jumaat berasingan (Contohnya tidak didahului oleh puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu sesudahnya).
  • Puasa 15 sehingga 30 Syabaan bagi bukan qada atau puasa sunat yang tida pernah dilakukan sebelum 15 Syaaban tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya dia ingin berpuasa sunat.
  • Puasa terus menerus sepanjang tahun.


Syarat Wajib Puasa
  1. Islam.
  2. Baligh.
  3. Berakal/waras.
  4. Mampu/tidak uzur.


Syarat Sah Puasa
  1. Orang Islam.
  2. Baligh.
  3. Berakal - tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumaiyiz.
  4. Suci daripada haid dan nifas.
  5. Dalam tempoh dan waktu sah puasa.


Rukun Puasa
  1. Berniat pada malam hari.
  2. Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat Puasa
  • Makan sahur serta melambatkannya.
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda manis ataupun air.
  • Menjamu orang berbuka puasa.
  • Memperbanyakkan ibadah dan membuat kebaikan.

Batal Puasa
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilai yang kecil seperti makan saki-baki makanan kecil yang terlekat celah gigi.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja.
  • Keluar haid atau nifas.
  • Gila (hilang akal) sepanjang hari.
  • Pitam atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok pada siang hari.
  • Murtad.
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga terbuka kerana wuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga dengan syarat air tidak diminum atau ditelan dengan sengaja.
  • Berniat untuk berbuka puasa (sebelum sampai waktunya) lalu dia berbuka.

Keizinan Puasa
  • Orang sakit.
  • Bekerja buruh.
  • Musafir.
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Wanita hamil dan ibu menyusukan anak.

No comments:

Post a Comment