14 March 2014

Punca Asma

Punca sebenar terjadinya serangan asma, apabila terdapat perubahan di dalam saluran pernafasan. Perubahan yang dimaksudkan adalah inflamasi atau bengkak yang seterusnya mengakibatkan saluran pernafasan menguncup dan peka terhadap rangsangan luaran.

Inflamasi tiub dalam saluran pernafasan mudah mengalami iritasi, menjadi bengkak dan kelihatan merah. Seterusnya lendir yang pekat akan dihasilkan dan menyumbatkan saluran pernafasan. Pesakit akan mula batuk apabila dia cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat ini. Sekiranya inflamasi kerap berlaku dan keadaannya teruk, tisu saluran pernafasan akan menebal secara kekal. Perkara ini akan menyebabkan pesakit lebih sukar bernafas.

Otot yang mengelilingi saluran pernafasan mungkin menguncup dan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Keadaan ini dinamakan broncospasme atau bronchosonstriction. Pesakit akan berasa dadanya ketat.

Kebanyakan asma berpunca daripada keturunan (genetik). Jika salah seorang ibu bapa mengidap asma, anak mereka juga berkemungkinan akan mengidap asma kerana mempunyai DNA yang sama. Oleh itu, tujuan perubatan ialah mengambil specimen DNA pesakit supaya alatan kedoktoran yang dikenali sebagai OPAM Mechine dapat mengkodkan DNA pesakit dan seterusnya menjadikannya penawar secara automatik lalu dipindahkan ke dalam ubat untuk dimakan tiga kali sehari, sehingga kerosakan DNA tadi benar-benar pulih secara semula jadi.

Antara faktor lain ialah keadaan alam sekeliling seperti udara yang terlalu sejuk atau terlalu panas, habuk, asap, jangkitan saluran pernafasan, tekanan emosi dan fizikal.

Jika kita kerap mengamalkan ubat-ubat yang mengandungi dadah dan steroid, kesannya saraf paru-paru menjadi lemah sehingga berlakunya asma. Jika tidak dirawat akan bertambah teruk menjadi paru-paru berair.

Tanda dan simptom pengidap asma pula ialah sering batuk terutama pada waktu pagi dan malam, nafas berbunyi serta rasa sesak nafas ketika berjalan atau melakukan sesuatu pekerjaan.

Jika penyakit asma dibiarkan dan menjadi kronik boleh menyebabkan paru-paru menjadi kembang sehingga mengakibatkan bocor selaput paru-paru (pneumothorax). Manakalan bagi wanita hamil pula akan mengalami kesukaran semasa kelahiran.

No comments:

Post a Comment