27 February 2013

Satu Tindakan

Aku datang, siapkan segala
Aku bertemu, kuatnya aku
Aku bertanya, akulah terendah
Aku mendengar, tulisan kusimpan
Aku berfikir, lebih jauh darinya
Aku berkata, perantara hati
Aku diam, teliti luahannya
Aku merancang, fikiran dan tangan
Aku meminta, bukannya perintah
Aku melaksana, akulah terhebat
Aku pergi, bersihkan semua

22 February 2013

Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur 1

Membaca doa
"Dengan nama engkau ya Allah aku mati dan aku hidup"

Merapatkan kedua tapak tangan dan meniupkan pada tapak tangan seraya membaca

KulhuAllahhuahad
Kulauzubirrobilfalak
Kulauzubirrobinnas

Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang. Lakukan sedemikian sebanyak 3 kali.


(Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari)

10 Perkara Merosakkan Otak

  1. Tidak sarapan
  2. Makan banyak
  3. Merokok
  4. Ambil gula berlebihan
  5. Hidu udara tercemar
  6. Tidur berlebihan
  7. Tidur tutup muka
  8. Kurang berimaginasi
  9. Malas berfikir
  10. Tidak membaca Al-Quran

Emak

Emak,
Jasadmu menjadi peneman,
Di kala aku kesunyian,
Masamu ibarat pengalaman
Menghiasi hati secantik taman.

Saat api berdarah,
Kaucucuri air ke dasar tanah,
Sebelum aku tidak tentu arah,
Akhirnya aku menyerah kalah.

Saat jarun memedih,
Tangisan sebak petanda sedih,
Emak tampil tanpa letih,
Korbannya diri untuk aku meraih.

Saat aku di atas bahtera,
Emak akan bersama,
Sayangi aku tiada kerana,
Kerana aku adalah anaknya.

Aduhai Ketua

Hebatnya hormat juga bahaya,
Terasa liat kalah ditimpa,
Lakui amat mengesan kecewa,
Harga diikat akan salah terpaksa.

Turun nilai memang pantas,
Ayun dibuai belakang dicantas,
Lantun beramai datang memukas,
Keturun terburai pasti hilang perkakas.

Satu tertinggi wajar waspada,
Hantu digari keluar seraya,
Layu berdiri berkejar sengaja,
Kaku mati boleh mengujar nyawa.

Sumpahan memburu muat di hutan,
Tahan kamu siat arahan,
Jangan terburu buat tindakan,
Akan malu lantas luat dan royan.

Suara membakar keputusan bersama,
Marah ke mana kiasan sahaja,
Kerah sebaya kayuhan segera,
Berserah kita kepada Yang Maha Esa.

06 February 2013

Sunnah Rasulullah Ketika Memakai dan Menanggalkan Pakaian

Perkara yang sentiasa berulang dalam kehidupan seharian kita adalah memakai pakaian dan menanggalkannya ketika ingin membasuhnya, tidur atau sebagainya. 

Sunnah Rasulullah ketika menanggalkan pakaian adalah:
Membaca Bismillah sama ada ketika memakai atau menanggalkan pakaian. Iman Nawawi berkata, 'Membaca Bismillah adalah digalakkan ketika melakukan segala amalan.'

05 February 2013

Hanya Satu Nyawa

Masih ada waktu untuk kufikir,
Lihatlah sana dengan mata bercelik,
Lintaslah jalan pandang kanan dan kiri,
Geraklah badan kaki dan tangan.

Kehidupan ini sentiasa diukir,
Seraya ditentang syaitan berbisik,
Selagi termampu akan kujaga diri,
Selagi hayat kekal dalam kehidupan.

Hidupku ibarat sungai mengalir,
Diisi sisa kotor tidak baik,
Ya Allah ampunkanlah aku ini,
Seorang hamba bergelar insan.

Aksiku selang-seli bergilir,
Kadang pergi kadang balik,
Ya Allah bantulah hamba ini,
Agar berkat segala keputusan.

Syukur Alhamdulillah, nyawa kurniaanMu ini, menghiasi diri, penuh warna warni.....

Kawan Adalah Keluarga

Kita adalah keluarga,
Darah mungkin tidak sama,
Namun tetap sama jiwa.

Semua ada keinginan,
Isinya sama juga berlainan,
Jalannya berbeza tetapi satu haluan.

Martabat mestilah diangkat,
Walaupun kita ada peringkat,
Silaturahim erat wajib ditingkat.

Tua itu asam garam,
Muda ini mestilah genggam,
Layari kapal janganlah karam.

Bebanan itu sering diberi,
Tegaslah kita sebagai ahli,
Ringankan beban jangan lari.

Elakkan dosa tambahlah amal,
Jangan mengata pastikan mengenal,
Kerana mereka ada akal.

Peluang ada selagi hidup,
Pintu kita jangan ditutup,
Selagi impian belum ditiup.

Situ, Sana dan Sini

Ingin sekali aku ke situ,
Haluan kiri kanan membuntu,
Tanpa sedari jalan cumalah satu,
Aku berlari aku juga terpaku.

Aku kini menghala ke sana,
Mencari erti sebenar dunia,
Ikhlasnya hati laksana kerja,
Pohon diri menjadi kaya.

Pulang dan mari aku ke sini,
Duduk dan berdiri aku mencari,
Minda dan hati muhasabah diri,
Dulu dan kini aku tidak sendiri.

30 January 2013

Atherosclerosis (Penyempitan Saluran Darah)

Penyempitan berlaku di saluran darah akibat pengumpulan lemak. Jantung merupakan organ yang mengepam darah mengandungi oksigen dan nutrien seraya disebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel dalam badan berfungsi dengan sempurna. Jika otot jantung tidak dapat menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, radangan akan berlaku dan memberi kesan kepada penyakit jantung.

28 January 2013

Cikgu

Oh Cikgu,
Tunjuklah anak muridmu dunia sebenar,
Jangan memaksa janganlah melonggar,

Biarlah mereka merasa bukannya melanggar,
Masuknya bahan makanan itu keluar,
Bertindaklah jangan perkataan sahaja diuar,
Kerana kamulah hati mereka dalam dan luar.

Ingatlah kanak-kanak ibarat berlian,
Dibentuknya cincin untuk kalian,
Bukannya sebagai perhiasan,
Pemakai itu bergelar seorang insan,
Merata-rata membawa kilauan,
Genggamlah harapan luahkanlah pengalaman.

Jadilah Diri Sendiri

Manusia,
Kusangka ada peringkatnya,
Pembawa aku meniru mereka.

Kenapa?
Apakah sempurna hanyalah di mata kita,
Hingga tidak mengawal badan dan minda,
Ternyata aku bukan diri sebenar,
Hidup ini tidak gembira sepenuhnya,
Lantas jiwa dan raga sangat sengsara.

Celiknya mata hanyalah sementara,
Menyesallah kamu hala tuju tidak berjaya,
Kecilan yang gagal dalam ciptaan dunia,
Masih riang gembira ketawa bersama,
Di samping cabang-cabang berharga,
Kerana makna itu jauh lebih berjasa.

Anemia

Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan di mana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

19 January 2013

Kenderaan Diesel Generasi Baru Alternatif Kepada Masyarakat

Enjin diesel beroperasi menggunakan sumber pembakaran daripada bahan berasaskan tumbuhan dan sayuran. Perkataan 'diesel' diambil sempena nama penciptanya Dr. Rudolf Diesel. Ia menggunakan udara termampat bertekanan tinggi untuk membakar bahan api. Campuran udara termampat dan bahan api disuntik ke dalam kebuk kebakaran semasa penghujung lejang mampatan(compression stroke). Ia berbeza dengan enjin pembakaran petrol, yang dinyalakan oleh palam pencucuh.