02 August 2012

Protein

Protein adalah suatu komponen yang penting bagi badan kita. Protein merupakan benda asas dalam membina sel-sel dalam badan kita dan diperlukan oleh badan secukupnya. Tanpa protein perkembangan dan tumbesaran seseorang itu boleh terbantut selain akan menghidapi pelbagai penyakit seperti kwashiorkir dan marasmus.

Lemak

Lemak merupakan komponen makanan yang penting untuk badan, namun pengambilannya bukanlah dalam kuantiti yang banyak. Lemak membekalkan tenaga kepada badan ketika senaman dalam melakukan kerja berat, sebagai lapisan membran bagi sel-sel badan, pengangkut nutrisi di dalam darah, sulfactant pada peparu dan lain-lain.